Wednesday, 30 November 2011

Di saat-saat sukar: Istighfar

Perbanyakkan istighfar di saat dirimu dilanda musibah.
Ketika itu badan hanya mampu berbaring, biarlah lidah beristighfar hingga kering.
Bibir yang tidak mampu senyum, digerakkan dengan zikir
Inilah peluang2 yang sukar ada, walau perit amat berharga..

Jadi isilah ia,
Sebelum dirimu bangkit semula, menyambung segala rutin kesibukan.
Terimalah seadanya dan manfaatkan keadaan
Walapun yang datang hanyalah sedetik kehibaan.. semuanya ada pengisian.


وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ ۖ وَإِن تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ
Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang Telah ditentukan dan dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya Aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat.
[Hud 11:3]

Tuesday, 29 November 2011

Renungkan Kesilapan Sendiri



Sekali air bah, sekali pantai berubah.. namun batu yg tertanam kukuh di hujung tanjung, menyimpan seribu kenangan..


Mungkin diri ini telah lalai & lupa untuk bersyukur kepada Ar-Rahman yg telah menghantar seorang teman penceria siang dan malam, penghapus duka, muncul semangat cita2 baru & ilmu2 baru.. lalu Allah memberikan sedikit ujian. Ya robbana, La ilaaha illa anta Subha na ka inni kuntu minazzolimin.. jangan engkau timpakan ujian di atas kesalahan hambaMu yang lemah ini..


Pengajaran:
  •  sentiasa bersyukur kpd Allah & bersangka baik semasa diberikan nikmat2
  •  lihatlah pada org bawah untuk dijadikan pengajaran, jangan melihat org atas(yg lebih senang)
  •  renung2kan diri sendiri semasa senang, dengan mengimbau keadaaan diri semasa jahil & lemah. 
  •  jangan tinggalkan ibadah setelah mendapat nikmat, imbau kembali bagaimana berdoa ketika susah
  •  ikhlaskan diri mencari ilmu agama, kerana Allah, untuk kebahagian dunia akhirat.. bukan bertujuan untuk mendapatkan pekerjaan dlm jabatan2 agama. Rezeki itu Allah yang tentukan
  •  jadikan kesedihan itu salah satu modal utk khusyuk solat & berdoa.
  •  Innamal a'ma lu binniyyat..(Setiap amal bermula dengan niat).. oleh itu ikhlaskan niat

Monday, 28 November 2011

Ayuh bangun semula!



~ Bangun kembali, kali ini lebih ikhlas dan redha. Mengatur kembali langkah yang telah direhatkan. Tanpa hati emas bukannya mudah, namun pengharapan & cinta masih ada mendampingi. Seperti angin, tidak dapat dilihat. Menjadi peneman setia sang kembara ~

Sunday, 27 November 2011

Sang Kembara: Singgahlah di hati semula


Semoga dirimu berbahagia selalu, dimurahkan rezeki serta tetap utuh di manhaj yang mulia ini. Biarpun hati ini terasa perit namun sokongan ku terhadapmu tidak berbelah bagi. Sekiranya engkau berjaya dan bahagia, teruskanlah cita-cita kita dahulu mahu berbakti untuk agama di bumi Sarawak ini. Sekiranya dirimu tersungkur, maka singgahlah semula di hati ini... pimpin semula tanganku, menemaniku kembali, Sang Kembara yang berseorangan di tanah yang gersang.

Kembara Di Tanah Gersang

Thursday, 24 November 2011

Tangisan Merugikan vs Tangisan Menguntungkan

Menangis kerana kekecewaan adalah fitrah sesetengah hambaNya, jika sang pengalir air mata melandaskan dendam dan maki hamun bersama tangisannya, serta menyalahkan orang lain, lalu bertanya kenapa begitu begini maka dia sedang dalam kerugian. Namun jika bersama tangisannya itu, dia bertawakal, berdoa dengan penuh harapan, merasa begitu lemah hamba kepada Allah Yang Maha Kuat.. maka tangisan itu bersamanya satu anugerah yang hebat.

Di sini sahaja sudah terbentuk satu aqidah uluhiyyah yang penting iaitu "IYYAA KANA' BUDU WAIYYAA KANAS TA IN"

Kenang dia dalam doaku




ALLAHUMMA FAQQIHAA FIDDIN, WA ‘ALLIMHU AL-HIKMATAA AT-TA’WILA QURANA

    “Ya Allah berikan kepadanya pemahaman dalam agama dan ajarkanlah kepadanya tafsir.”
    Doa asal(untuk lelaki) 
ALLAHUMMA FAQQIHU FIDDIN, WA ‘ALLIMHU AL-HIKMATAA AT-TA’WILA QURANA
    [Hadith Riwayat Ibnu Majah]

Wednesday, 23 November 2011

Biar rebah jangan berputus asa





"Rebah tidak bermakna putus asa, selagi harapan dan doa kepada Allah azzawajalla tidak putus-putus membasahi bibir. Itulah langkah permulaan untuk bangun semula, iaitu satu langkah yang bermula dari hati. Berteraskan aqidah yang teguh, Solatlah! Berdoalah! dan Bersabarlah!"


وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ  ۚ وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
[Surah Al-Baqarah ayat 45]


Cermin Yang Pecah





"Cermin yang pecah.. walaupun sudah tidak berguna, namun ianya menyimpan seribu keindahan seseorang. Semoga wajah yang pernah tersenyum di situ, sentiasa indah bilamasa cermin sudah menjadi debu2"


Tafsirannya: Orang yang ikhlas mencintai, tidak akan ada perasaan benci di dalam dirinya walaupun ditinggalkan teman-temannya. Kerana kasih sayang nya itu disaluti sangka baik yang suci dan murni. Walaupun hatinya hancur sepeti cermin yang pecah

Jangan Ada Benci

Jangan kerana satu kesalahan, kita membenci seseorang itu habis-habisan. Boleh jadi semasa kamu memikirkan 10 kejahatannya, orang yang kamu benci itu sedang mengingati 20 kebaikan kamu lalu berdoa untuk kebaikan kita. Apatahlagi kalau melibatkan sekumpulan manusia. Ingatlah dulu kita siapa, manusia yang dhoif tanpa ilmu.

Malam yang sangat panjang... ada hikmahnya





Kadang-kadang musibah yang melanda menyukarkan kita untuk tidur. Malam terasa amat panjang. Ketahuilah bahawasnya Allah Ta'ala sedang memberi kita satu kesempatan, iaitu berdoa pada waktu yang sangat mustajab. Maka bicaraairmata lah pada waktu-waktu tersebut, berdoa, solat tahajjud, berzikir & beristighfar. moga tangisan tidak sia-sia.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
يَتَنَزَّلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ ، مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ ، وَمَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ
“Rabb(Tuhan) kita tabaroka wa ta’ala turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam hingga akhir, lalu Dia berkata: ‘Siapa yang berdoa pada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Kuampuni’.” 
(HR. Bukhari no. 6321 dan Muslim no. 758).

Teman Anugerah Allah

Kenanglah suatu masa dahulu kamu tidak berupaya untuk berdiri, lalu Allah menghantarkan nikmat berupa teman-teman yang setia. Bersyukurlah di atas pertolongan tuhan dan jangan berputus asa daripada rahmatNya, walaupun teman dan kekasihmu kini hanyalah tinggal mimpi.


وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا 
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.
[Surah Ibrahim ayat 34]

Kasih anda Tidak sia-sia



Wahai diri yang sedang menangis, jangan pernah berhenti berdoa & mengasihi. Berkasih sayanglah dengan ikhlas walaupun tidak kesampaian. Jangan berhenti berkhidmat untuk agama serta mengikhlaskan kasih sayangmu, walaupun kamu terperangkap di dalam semak berduri. Kerana nilai kasih lebih utuh dari duri yang mencucuk. Buktinya ialah, kamu sedang menangis tanpa amarah, kamu mengharap dalam redha, dan kamu mencintai walau dibenci.


Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)