Dapatkan koleksi E-Book kitab2 agama dalam akaun 4shared ku ini. Download & ambillah manfaat darinya. Sila tanya di FB ku untuk mengetahui tentang buku2 yang ada:
http://www.4shared.com/account/dir/X1v5Km7h/_online.html
Hisnul Muslim
http://www.4shared.com/office/WOBCxjmn/id_hisn_almuslim.html
Tuesday, 27 December 2011
Bicarahati
Semua ini aku tulis pada Isnin, 26 December 2011
Tenang senja merah sebelum gelap malam,
Berlarinya insan itu melawan arus angin kencang,
Ku menggali di tanah ini,
Desiran ombak menghiasi nyanyian pantai,
Hujan
Hujan masih berterusan dan ada kalanya berhenti seketika, memberi ruang rehat bagi yang kelesuan. Namun bahagia masih impian
Patah hati jangan mati
Mata kasih memandang sayu tembok perpisahan, namun tongkat harapan berdiri kukuh membenam bumi seolah-olah tidak berganjak. Ku berpaling dengan seribu keberatan, ingin menabur bakti menyiram bumi yang kontang ini dengan air tauhid. Moga tangan kecil dan kurus ini tidak lesu mengangkut segala beban, sebelum terbitnya sinar harapan. Moga tidak kaku seperti tongkat harapan...
Dalam perjuangan ada rindu
Tenang senja merah sebelum gelap malam,
Termenung jauh ku melihat kaki langit,
Yang dihiasi titisan-titisan kecil terakhir hujan,
Ketenangan bersama-sama laungan azan,
Ku pasrah dengan taqdir tuhan,
Tanggungjawab jihad kalimah tauhid wajib diteruskan,
Walau buta penglihatan atau hilangnya kaki untuk berjalan,
Ku tadah jua tangan dengan sedikit harapan,
Agar dikurniakan sedikit kebahagian buat teman ketika hidup,
Atau dihadiahkan hati yang tabah menyala api panji-panji perjuangan,
Yang tak padam walau tenggelam di dasar lautan.
Maju biarpun merangkak
Berlarinya insan itu melawan arus angin kencang,
Kerana dirinya tahu dipenghujungnya ada keabadian
Tidak menghiraukan keramaian yang bersenang lenang,
Dibalik dinding dan atap kukuh yang menghilangkan kerisauan,
Jika tersungkur dilibas hujan dan tanah yang kebasahan,
Berpautnya pada rumput yang tak tercabut,
Tetap merangkak perlahan meneruskan kembara hujung impian...
Ku penggali kebenaran
Ku menggali di tanah ini,
Moga mata air berharga ku temui,
Rahmat tuhan buat kembara yang akan melalui,
Baru ku puas sebelum ku mati,
Walapun sepanjang hidupku hanya seorang penggali..
Masih ada namamu dalam doaku
Desiran ombak menghiasi nyanyian pantai,
Zahir hakikatnya butiran pasir menghanyut bersama buih ombak,
Perlahan-lahan air muka pantai berubah bersama masa,
Di tanjung kasih itu, seketul batu berdiri pasrah,
Tanpa suara ia menyahut percikan air, dengan secebis doa,
Tuhan ku, datangkannya padaku....
Wednesday, 7 December 2011
Khas Untuk Teman-teman atas Talian
Mereka ini muncul di alam cyber: Tini Cumil(patahkan tumbuh hilangkan berganti), Doc SyahLan(sentiasa tabah orgnya), cikgu Eja(dulu suka mensyarah status), Ckgu melati putih(adik sama nama) , Hafizah Bisneswomen(pernah jumpa semasa zaman gila muzik), CikHan buibuibui(pakar makanan ni) , Zaheer Karaoke(sekarang suka tengok wall dia byk alquran & hadis) dan Leftenan Muda Naza(real best friend, niatnya utk belajar agama sudah cukup untuk aku menyayanginya, insyaAllah kawan dunia akhirat) ...
Ya Allah Ya Rahman Ya Raheem.. engkau berkatilah sahabat2 ku ini yang telah mendoakan ku. Engkau kurniakan mereka kefahaman dalam agama, hati yang bahagia, rezeki yang melimpah ruah, kemudahan dalam setiap urusan, kesihatan yang berkekalan, kesabaran dan ketenangan, keluasan fikiran serta kemulian di dunia dan di akhirat.
Monday, 5 December 2011
Wahai Hati Yang Hancur Luluh
~ Wahai hati yang hancur luluh, jangan berputus asa dalam berpesan-pesan tentang tauhid. Sesungguhnya setiap manusia yang serba kekurangan ada manfaatnya. Carilah nilai diri di jalan agama walaupun diri tidak berguna di mata masyarakat.~
يَا قَوْمِ إِنَّمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَإِنَّ الْآخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.
[AQ 40:39]
~ Wahai hati yang hancur luruh, keikhlasan adalah salah satu pati obat hati. Ikhlaskan apa sahaja yang engkau berikan termasuk kepercayaan, kasih sayang dan harapan yang telah lalu. Dan hanya kepada Allah dirimu memohon pertolongan ~
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.
[AQ 3:8]
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.
[AQ 3:8]
~ Wahai hati yang hancur luruh, solat dan sabar yang berterusan akan menumbuhkan sedikit demi sedikit kembali hati yang telah terburai. Aqidah yang lurus, yakin dgn ketentuan Ilahi serta bersungguh-sungguh dalam pengharapan, dan sabar meniniti masa.. adalah antara jalan-jalan mengubat kekecewaan. ~
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
[AQ 2:45]
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
[AQ 2:45]
Friday, 2 December 2011
Jika Bersedih: Berdoalah dan Berzikirlah!
DO’A SAAT GUNDAH DAN BERDUKA
اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِـيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِـيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِي، وَنُوْرَ صَدْرِي، وَجَلاَءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي.
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak dari hamba-Mu, ubun-ubunku (nasib-ku) ada di tangan-Mu, telah lalu hukum-Mu atasku, adil ketetapan-Mu atasku, aku mohon kepada-Mu dengan perantara semua nama milik-Mu yang Engkau namakan sendiri, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau Engkau ajarkan seseorang dari hamba-Mu, atau Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib disisi-Mu. Jadikanlah Al Qur’an sebagai penawar hatiku, cahaya dalam dadaku, penghapus dukaku dan pengusir keluh kesahku“.
[HR. Ahmad: 1/391, dishahihkan oleh Al-Albani.]
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ.
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari keluh kesah dan rasa sedih, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat bakhil dan penakut, dari cengkraman utang dan laki-laki yang menindas-(ku)“.
[HR. Bukhari: 7/158, “Adalah Rasulullah banyak (membaca) doa ini, lihat Bukhari dalam Fathul baari: 11/173.]
DO’A UNTUK KESEDIHAN YANG MENDALAM
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمِ
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia“.
[HR. Bukhari: 7/154 dan Muslim: 4/2092.]
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِي كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
“Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau“.
[HR. Abu Dawud: 4/324, Ahmad: 5/42, Shahih Abu Dawud: 3/959.]
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang dzalim“.
[HR. Tirmidzi: 5/529 dan riwayat Hakim yang disetujui dan dishahihkan oleh Dzahabi: 1/505. Lihat Shahih Tirmidzi: 3/168.]
اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئاً
“Allah, Allah adalah Tuhan-ku, aku sedikitpun tidak menyekutukan-Nya”
[HR. Abu Dawud: 2/87, Shahih Ibnu Majah: 2/335.]
Thursday, 1 December 2011
Puisi Untuk Mu
Jasamu ku kenang selalu
Senyum manismu melekat di kalbu
Kata-kata setiamu ku jadikan hatiku
Namamu ku sebut sentiasa dalam doaku
Pemergianmu ku terima dan redha
Cinta yang kau pernah berikan antara hartaku yang berharga
Kasih sayang dan doronganmu adalah kisah lalu yang bernilai
Kini ku sendiri lagi,
Melalui padang pasir mencari impian abadi,
Dalam ku berjalan kepenatan,
Memoriziela menguatkan semula setiap langkah ku,
Ke mana saja kau pergi bawalah impian itu,
Dan jika sudi, singgalah semula di sini,
Pada hatiku yang pernah kau buatkan ruang untukmu,
Menemani ku hingga ke syurga.
Senyum manismu melekat di kalbu
Kata-kata setiamu ku jadikan hatiku
Namamu ku sebut sentiasa dalam doaku
Pemergianmu ku terima dan redha
Cinta yang kau pernah berikan antara hartaku yang berharga
Kasih sayang dan doronganmu adalah kisah lalu yang bernilai
Kini ku sendiri lagi,
Melalui padang pasir mencari impian abadi,
Dalam ku berjalan kepenatan,
Memoriziela menguatkan semula setiap langkah ku,
Ke mana saja kau pergi bawalah impian itu,
Dan jika sudi, singgalah semula di sini,
Pada hatiku yang pernah kau buatkan ruang untukmu,
Menemani ku hingga ke syurga.
Dalam berserah ku masih mengharap
Allah azzawajalla menghilangkan kecerian yg sangat dihargai pada diri, untuk menguji sejauh mana gabungan redha + harapan + tawakal + doa + tauhid + kasih sayang + kesetiaan + sangka baik yang menjadi janji selama ini mampu menjadi prinsip diri. Keikhlasan yang tinggi akan menjadi pati penting dalam unsur ini, & dakwah tauhid akan menghilangkan kesakitan yang dialami. InsyaAllah ♥
Subscribe to:
Comments (Atom)

