Monday, 5 December 2011

Wahai Hati Yang Hancur Luluh




~ Wahai hati yang hancur luluh, jangan berputus asa dalam berpesan-pesan tentang tauhid. Sesungguhnya setiap manusia yang serba kekurangan ada manfaatnya. Carilah nilai diri di jalan agama walaupun diri tidak berguna di mata masyarakat.~

يَا قَوْمِ إِنَّمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَإِنَّ الْآخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.
[AQ 40:39]


                     
~ Wahai hati yang hancur luruh, keikhlasan adalah salah satu pati obat hati. Ikhlaskan apa sahaja yang engkau berikan termasuk kepercayaan, kasih sayang dan harapan yang telah lalu. Dan hanya kepada Allah dirimu memohon pertolongan ~

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.
[AQ 3:8]


~ Wahai hati yang hancur luruh, solat dan sabar yang berterusan akan menumbuhkan sedikit demi sedikit kembali hati yang telah terburai. Aqidah yang lurus, yakin dgn ketentuan Ilahi serta bersungguh-sungguh dalam pengharapan, dan sabar meniniti masa.. adalah antara jalan-jalan mengubat kekecewaan. ~

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
[AQ 2:45]

No comments:

Post a Comment